Thursday, April 18, 2019

Mencari Penceramah Matematik?

Anda mencari penceramah matematik?

Menjemput penceramah di tempat anda?

Saya Cikgu Afiq membantu anda untuk matematik sekolah menengah.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 013-2840779 atau klik whatsapp : www.wasap.my/60132840779/penceramahmatematik

Mencari Cikgu Tuisyen Matematik Sekitar Shah Alam?

Kepada ibu bapa yang masih mencari cikgu tuisyen matematik sekitar Shah Alam?

Mencari guru tuisyen matematik di Shah Alam?

Anak anda masih lemah matematik?

Masih mencari bagaimana nak skor dalam matematik?

Saya Cikgu Afiq ingin membantu anak anda dalam memahami matematik khusus untuk sekolah menengah sahaja.

Lihat profile saya untuk ketahui lanjut tentang saya --> Profil saya

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi/whatsapp : 013-2840779 atau klik whatsapp ---> www.wasap.my/60132840779/hometuition

Ketahui 10 Kaedah Cara Minat Matematik Kepada Anak Anda

Sesi perkongsian ini adalah sesuai kepada pelajar-pelajar sekolah atau anak-anak anda yang ingin tahu tentang cara untuk minat dengan subjek matematik. 
Jom ketahui apakah 10 kaedah tersebut :-

1) TANAMKAN SIFAT MINAT TERHADAP MATEMATIK

Jika anak anda mahu minat terhadap matematik, tanamkan diri mahu minat dan suka terhadap matematik supaya senang menjawab soalan matematik. Percayalah, dengan adanya minat terhadap matematik anak anda berasa seronok terhadap subjek tersebut. Seperti contoh, anak anda berasa minat terhadap game, tv dan hiburan, sudah tentu anak anda berasa seronok bukan. Sama lah juga dengan matematik, jika ada minat terhadap matematik, pasti berasa seronok. Jadikan ia seperti satu hobi untuk menjawab matematik, kerana matematik adalah penyelesaian masalah. Ia adalah menyeronokkan jika ada minat terhadap subjek tersebut. Oleh itu, tanamkan rasa MINAT subjek matematik agar berasa mudah dan seronok untuk menjawab matematik
math budak.jpg

2) JADIKAN MATEMATIK SATU PERMAINAN

Untuk menambahkan lagi minat terhadap matematik, jadikan ia sebagai satu permainan. Ini kerana soalan matematik berbentuk penyelesaian masalah. Oleh itu, jika ia dijadikan sebagai satu permainan, lama-kelamaan akan menjadi seronok dengan matematik. Seperti contoh, ketika sedang membuat latihan matematik, cuba siapkan soalan dalam masa 10 minit, jika berjaya, akan pergi ke ‘stage’ soalan yang seterusnya, namun jika gagal, akan didenda dan buat soalan semula. Jika belajar dalam kumpulan, ianya lagi menyeronokan kerana anak anda boleh membuat permainan dan bersaing dengan kawan. Contoh, siapa siap soalan cepat, dia akan menang, dan bersainglah secara sihat dan positif. Matematik ini berbeza dengan subjek-subjek yang lain kerana ianya berbentuk penyelesaian masalah. Oleh itu, jadikan ia permainan.
budak math.png

3) BUAT LATIHAN MATEMATIK

Anak anda buatlah latihan matematik selalu. Ini kerana jika selalu buat latihan dan BERJAYA menjawab soalan, anak anda akan merasa seronok kerana telah mendapat kepuasan setelah berjaya menjawab matematik. Contohnya main games, dan bagaimana secara tiba-tiba sahaja rasa seronok bermain games? Ini kerana anak anda selalu bermain games dan BERJAYAmemenangi games tersebut. Setelah BERJAYA, anak anda akan dapat satu KEPUASAN dalam diri kerana memenangi games tersebut. Oleh itu, sama lah juga dengan matematik. Jika selalu membuat latihan matematik dan BERJAYA menjawab soalan, anak anda akan dapat satu KEPUASAN kerana berjaya menjawab soalan tersebut. Oleh itu, buat latihan matematik selalu dan Insya-Allah anak anda akan minat dengan matematik.
10480648-kids-doing-math-exercises-to-be-in-shape-for-the-school-laying-on-the-floor.jpg

4) SUKA KEPADA CIKGU MATEMATIK

Suka kepada cikgu matematik juga merupakan sangat penting untuk menjadikan anak anda suka dengan matematik. Kita akan dapat berkat jika kita suka terhadap guru kita.
images.jpg

5) BERMAIN PERMAINAN TENTANG MATEMATIK

Bermainlah tentang matematik dan seterusnya pasti anak anda akan suka dan minat dengan matematik. Contoh, anak anda sering bermain game bola sepak, ini kerana anak anda suka dengan bola sepak. Jadi sama juga dengan matematik, jika sering bermain game tentang matematik, anak anda tentu akan jadi suka kepada matematik. Jika tiada game, jadikanlah matematik sebagai permainan sendiri, seperti yang cikgu cakap dalam tips yang kedua. Game-game tentang matematik boleh dapatkan dari internet. Antara contoh-contoh game tentang matematik adalah
math games.png

6) BERGAUL DENGAN KAWAN-KAWAN YANG MINAT/PANDAI MATEMATIK

Bergaul lah dengan kawan-kawan  yang minat dan pandai matematik. Ini kerana lama-kelamaan, anak anda pun akan menjadi minat dan pandai seperti mereka. Menurut Imam Al-Ghazali, ada 5 cara memilih kawan yang baik antaranya :-
  1. Kawan yang BerAKAL
  2. Kawan yang berAKHLAK
  3. Kawan yang SOLEH
  4. Kawan yang berSEDERHANA
  5. Kawan yang berCAKAP BENAR
Oleh itu, carilah dan bergaul dengan kawan yang pandai matematik. Kerana, jika anak anda selalu bergaul, anak anda akan banyak bertanya tentang matematik, cara menjawab matematik, bagaimana cara mudah jawab soalan dan sebagainya.
Apa akan jadi jika anak anda tiada kawan yang pandai matematik? Anak anda akan tidak dapat menjawab matematik, kerana tiada sesiapa yang bantu anak anda. Anda hanya mengharapkan guru sahaja, itu pun jika guru ada masa dengan pelajar. Jadi perlunya ada kawan yang pandai dan minat matematik. Ini secara tidak langsung anak anda akan menjadi minat dengan matematik.
images (1).jpg

7) MASUK AKTIVITI TENTANG MATEMATIK DI SEKOLAH/UNIVERSITI

Jika ada aktiviti tentang matematik di sekolah/universiti anak anda, masuklah aktiviti tersebut. Jadilah sebahagian daripada persatuan matematik dan banyakkan aktiviti tentang matematik. Ini kerana dalam aktiviti dan persatuan matematik, tentu ada permainan-permainan tentang matematik, pertandingan yang menyeronokkan seperti Sudoku, teka-teki dan beberapa pertandingan yang menguji minda. Jadi permainan dan pertandingan inilah yang membuatkan anak anda menjadi seronok dan minat dengan matematik. Oleh itu, aktifkan anak anda dalam persatuan atau aktiviti matematik.
hqdefault.jpg

8) BANYAKKAN MEMBACA TENTANG MATEMATIK

Contohnya asal-usul tentang matematik. Komik tentang matematik yang memberi manfaat kepada anak anda. 

9) PRAKTIS, PRAKTIS DAN PRAKTIS

Matematik merupakan soalan penyelesaian masalah, oleh itu banyakkan LATIHAN, LATIHAN dan LATIHAN.   
1.jpg

10) BERDOA

Berdoa adalah senjata utama umat Islam. Banyakkan bersyukur dengan kelebihan yang kita ada dan Insya-Allah semoga kita menjadi orang hebat, orang yang baik dan memberi manfaat kepada semua manusia.

Sesi perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sebagai seorang guru tuisyen dan beberapa rujukan daripada pelajar-pelajar yang minat dengan matematik. Mungkin ada kaedah-kaedah yang boleh dibincangkan lagi atau yang tertinggal. Oleh itu, jika ada yang tidak dapat mengikuti kaedah cara minat matematik dari perkongsian ini bolehlah anda berjumpa dengan guru-guru pakar untuk mengetahui tips yang lebih berkesan. 

Kenapa Belajar Matematik Susah?

Ramai pelajar terutama lemah dengan matematik akan hilang keyakinan untuk menjawab soalan matematik. Bila nak jawab je rasa susah dan hilang semangat.
Sering kali jawapan pelajar apabila ditanya kenapa tidak suka matematik jawapannya adalah susah. Apakah yang dirasakan susah? Susah hendak menjawab soalan? Percayalah matematik hanyalah memerlukan LATIHAN, tidak perlu membaca. Jadi, anda cuma perbanyakkan latihan matematik dan pastikan anda dibantu oleh rakan-rakan yang pandai matematik atau tutor  supaya lama-kelamaan anda menjadi seronok dalam menjawab matematik. Ini kerana apabila telah selesai dan berjaya menjawab, kita akan merasa satu kepuasan dan akan berkata senang terhadap subjek tersebut.
Selain itu, ini semua adalah hanya dalam pemikiran sahaja. Jadi, apa kata kita buang sifat susah dan cuba tanamkan sifat minat/suka terhadap matematik.
Cuba anda fikirkankan dengan berkata susah terhadap subjek yang menjadi kegemaran anda? Tentunya ada sesuatu yang menghalang anda untuk menjawab soalan terhadap subjek tersebut bukan. Jadi, buang sifat susah dalam pemikiran anda dan cuba tanamkan minat/suka terhadap subjek matematik. Insya Allah, lama-kelamaan kita akan menjadi seronok dengan subjek matematik ini.
Selain itu, anda juga hendaklah tanamkan minat/suka terhadap cikgu matematik yang mengajar. Ini secara tidak langsung apa yang cikgu mengajar akan cepat masuk dalam otak kita,seterusnya menjadi senang untuk menjawab soalan.
Kenapa belajar matematik ni rasa susah? Berikut penulis berkongsi 4 antara sebab kenapa pelajar bila nak belajar matematik je rasa susah. 

1) TIDAK FAHAM KONSEP ASAS

Pelajar tidak memahami konsep asas dalam matematik, jika ada kerja rumah, kebanyakan akan meniru, dan buat janji siap. Elakkan sikap begini, kerana ini boleh menjadi tabiat nanti dan seterusnya mendapat markah yang tidak bagus. Sebab itu, apabila mahu belajar matematik pelajar akan berasa susah dan malas sebab tidak tahu konsep asas.
Boleh hendak meniru, tetapi dengan syarat hendaklah berbincang dan mengetahui cara menjawab soalan.

2) MALAS BUAT LATIHAN

“alaa,susahla math..malas la..”
“banyaknya latihan, malas la buat..tiru jer..”
Elakkan sikap malas dalam diri anda, jika ada kerja rumah, anda hendaklah terus buat dan siapkan. Jangan bertangguh!! Ini menyebabkan anda menjadi malas dan meniru sahaja. Jika tidak faham, tanya kawan, guru sekolah, atau pensyarah jika mereka sibuk, tanya ibu bapa, jika sibuk juga, usahakan diri anda untuk bertanya sehingga faham dan faham.         

3) MALAS BERFIKIR

Matematik memang memerlukan latihan dan berfikir untuk menjawab soalan. Memang betul, kebiasaan mula-mula  pelajar akan berasa susah dan malas belajar tetapi apabila sudah berjaya menyelesaikan masalah dan berjaya menjawab soalan, ini akan menyebabkan pelajar akan berasa sangat seronokDan seterusnya pelajar akan terus belajar, belajar dan belajar matematik kerana seronok berfikir menyelesaikan dan menjawab soalan. Oleh itu, susah mana pun, anda teruskan juga latihan. Jangan putus asa!!
Ingat jika sentiasa berfikir selalu, lama-kelamaan kita akan menjadi seorang yang kreatif, bijak dan boleh menyelesaikan masalah dengan mudah. Disediakan juga doa menghindari malas untuk umat Islam.

4) BANYAK FORMULA KENA HAFAL

Ini juga sering diperkatakan oleh pelajar sebab-sebab tidak suka dengan subjek matematik. Memang betul, sejak dari sekolah sehingga sekolah menengah, semakin banyak rumus-rumus yang perlu dihafal.
Ingat!!
Rumus atau formula perlu selalu dipraktikkan, bukan hafal.
Cuba anda fikirkan apa akan jadi jika rumus-rumus atau formula tersebut tidak wujud dalam matematik. Tentu lebih menyusahkan bukan. Jadi, dengan adanya rumus/formula ini, ia sebenarnya lebih memudahkan anda. Jadi, untuk sentiasa ingat rumus/formula tersebut, kita hendaklah SENTIASA PRAKTIKKAN/ GUNAKAN rumus/formula tersebut, supaya ia secara tidak langsung anda sudah menghafal. Jadi tiada gunanya perlu bersusah-payah untuk menghafal rumus sedangkan anda tidak selalu praktikkan.